Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
282) PROJEK MITIGASI BANJIR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM173 juta bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir yang melibatkan 12 projek di Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Malangnya, kesemua projek masih dalam peringkat reka bentuk, penyediaan interim report, penyediaan dokumen tender dan mesyuarat teknikal dan kos. Bila projek-projek ini boleh disiapkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah meluluskan projek yang masih dalam pra pelaksanaan di bawah Pecahan Kepala (PK) 1 Pembangunan Projek Tebatan Banjir dengan nilai keseluruhan sebanyak RM176 juta seperti berikut:-
Bil Tajuk Kos (RM)
Status 1. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir di Sg. Kedondong (Fasa 2), Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 10,000,000.00 Peringkat Pra Tender. Dijangka tender pada bulan Jun 2025. 2. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir Kg. Melayu Subang di Sg. Pelempas (Fasa 2) 15,000,000.00 Perunding telah dilantik pada bulan Disember 2025. Dalam peringkat Interim Report. 3. Reka bentuk Terperinci Bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Selangor, Daerah Kuala Selangor 30,000,000.00 Peringkat Interim Report. Dijangka tender pada sukuan kedua tahun 2026. 4. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir di Sungai Binjai 15,000,000.00 Peringkat Pra Tender. Dijangka tender pada pada sukuan keempat tahun 2025. 5. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa 15,000,000.00 Peringkat Pra Tender. Dijangka tender pada bulan Mei 2025. Terdapat isu pengalihan utiliti yang mengakibatkan kelewatan dalam memuktamadkan skop. 6. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir di Kampung Batu 10, Mukim Cheras 10,000,000.00 Peringkat Pra Tender. Dijangka tender pada bulan Mac 2026. Terdapat isu pindah hakmilik tanah yang perlu disahkan oleh PDT.
7. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Lemas di Kampung Sungai Ramal Dalam, Mukim Kajang 10,000,000.00 Peringkat pengambilan tanah. Dijangka tender pada sukuan ketiga tahun 2026. 8. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir di Sungai Rinching, Kampung Rinching Hulu, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat 26,000,000.00 Peringkat pengambilan tanah. Lantikan juruukur dijangka pada bulan Mac 2025 bagi tujuan penyediaan pelan pengambilan tanah. Projek fizikal akan dimohon di bawah Rancangan Selangor (RS) 2. 9. Reka bentuk Terperinci Bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Sekamat di Kampung Bt. 13, Mukim Kajang 10,000,000.00 Surat Setuju Terima Perunding telah dikeluarkan pada 17 Februari 2025. 10. Reka bentuk Terperinci Bagi Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Udang, Daerah Gombak (Fasa 2) 35,000,000.00 Surat Setuju Terima Perunding telah dikeluarkan pada 17 Februari 2025. Jumlah 176,000,000.00