Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

279) JUALAN EHSAN RAHMAH (JER)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah siri Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang telah dijalankan bagi tahun 2025?

    Pada tahun 2025, Jualan Ehsan Rahmah di Selangor menyasarkan dua kali sebulan di setiap DUN Selangor. Ini bermaksud, 112 lokasi sebulan atau 1,344 lokasi bagi setahun.

  2. Berapakah kekerapan Jualan Ehsan Rahmah (JER) ini dilaksanakan di DUN Bukit Melawati bagi tahun 2024?

    34 kali setahun (termasuk JER perayaan).

  3. Apakah bentuk penambahbaikan hasil daripada peningkatan peruntukan yang akan dilaksanakan dalam siri Jualan Ehsan Rahmah (JER) bagi tahun 2025 berbanding tahun-tahun sebelum ini?

    Bilangan produk yang diberi subsidi daripada enam produk ditingkatkan kepada 12 produk. Selain itu, produk-produk sampingan juga akan dibawa sebanyak 25 SKU dan pengunaan kod QR bagi sesi pendaftaran pengunjung untuk mendapatkan bilangan pengunjung yang hadir. Kaedah bayaran juga telah dipelbagaikan iaitu secara tunai, credit/debit card dan mengimbas kod QR.

Lampiran

Tiada Lampiran.