Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

275) INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RIDE)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima telah menerima Inisiatif Roda Darul Ehsan ini di dalam DUN Bukit Melawati?

    Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun bermula tahun 2020 hingga 2023. Rekod permohonan bagi Bukit Melawati adalah sebanyak 164 pemohon. Namun, selepas semakan teliti ke atas kelayakan, hanya 52 orang penerima sahaja yang telah menerima inisiatif ini.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengenal pasti kelayakan penerima sekiranya penerima tidak lagi terlibat dalam industri penghantaraan?

    Bagi syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh urus setia RiDE, semua pemohon perlu melampirkan gambar lesen memandu dan pengesahan ID pekerja syarikat p-hailing masing-masing dan pemohon akan mengemukakan salinan bukti sejarah “history” keaktifan penghantaran pesanan makanan terkini.

Lampiran

Tiada Lampiran.