Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

274) JOM SHOPPING PERAYAAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat dan tiada ketirisan belaku dari mengendalikan skim ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Malawati bagi Program Bantuan Baucar Jom Shopping Sempena Perayaan semua proses permohonan, kelulusan dan agihan baucar adalah dijalankan oleh Pihak DUN dengan menerima permohonan dari pemohon yang layak serta memastikan dokumen sokongan permohonan ada disertakan, disemak terlebih dahulu dengan data penerima Program BINGKAS dan SMUE dan disahkan layak menerima bantuan ini. Selepas berpuas hati dengan permohonan tersebut, data penerima yang diluluskan perlu dikunci masuk ke dalam sistem jsp.yawas.my.

     

    Kriteria penerima yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 1/2024 bertarikh 10 Januari 2024 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 2/2024 bertarikh 17 Januari 2024 adalah seperti berikut :

     

    1. Penerima bantuan adalah masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidifitri dan Deepavali;
    2. Penerima bantuan mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 dan ke bawah;
    3. Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan;
    4. Hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga;
    5. Penerima bantuan bukan penerima manfaat di bawah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS); dan
    6. Penerima bantuan bukan penerima manfaat di bawah Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
  2. Berapakah jumlah penerima yang mendapat manfaat daripada program ini mengikut perayaan di DUN Bukit Melawati untuk tahun 2024?

    Jumlah bantuan yang diberikan di DUN Bukit Malawati bagi Program Bantuan Baucar Jom Shopping Sempena Perayaan bagi tahun 2024 mengikut perayaan adalah seperti berikut:

    Bil. Perayaan Jumlah Baucar diberikan Jumlah Baucar ditunaikan
    1 Tahun Baru Cina 400

    (RM80,000)

    400

    (RM80,000)

    2 Hari Raya Aidilfitri 650

    (RM130,000)

    640

    (RM128,000)

    3 Deepavali 400

    (RM80,000)

    400

    (RM80,000)

      JUMLAH 1,450

    (RM290,000)

    1,440

    (RM288,000)

Lampiran

Tiada Lampiran.