Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

272) SKIM BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyemak segala permohonan Skim BINGKAS ini?

    Sistem Selangkah digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyemak kesemua permohonan program BINGKAS. Sistem Selangkah juga boleh diakses oleh pihak Pusat Khidmat yang bertanggungjawab untuk memproses permohonan dan memberikan kelulusan.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan segala permohonan Skim BINGKAS ini telus dan adil tanpa campur tangan politik atau pilih kasih?

    Proses semakan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat berlandaskan syarat kelayakan dan dokumen yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Manfaat berjumlah RM300 tersebut kemudiannya disalurkan secara langsung kepada akaun e-wallet penerima yang menepati dan memenuhi syarat kelayakan tersebut.

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menilai semula "exit policy" BINGKAS daripada 24 bulan kepada 18 bulan bagi membuka peluang kepada penerima yang lebih berkelayakan untuk memperoleh manfaat daripada skim ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan setiap program bantuan sosial dilaksanakan dengan efficient dan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Social Wellbeing Research Centre (SWRC) Universiti Malaya serta Fakulti Polisi dan Sains Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang melaksanakan kajian mengenai pelaksanaan BINGKAS. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan program serta mengenal pasti cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan termasuk penyelarasan tempoh bantuan. Hasil kajian ini akan menjadi asas kepada sebarang keputusan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan pelaksanaan BINGKAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.