Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
271) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Daripada jumlah RM282.5 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk membiayai 819 unit rumah di bawah Skim Smart Sewa, senaraikan butiran dan pecahan unit-unit rumah yang terpilih mengikut daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM282.5 juta yang diunjurkan pada tahun 2024 bagi pembiayaan unit Rumah Selangorku di bawah Skim Smart Sewa. Perincian projek mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL. PROJEK DAERAH LOKASI UNIT 1. Pangsapuri Pendamar Indah Klang Klang 195 2. Idaman Amani @ Bandar Elmina 5 (Jenis E) Petaling Bandar Elmina, Petaling 523 3. Pangsapuri Seri Suria Sepang Sepang 127 JUMLAH KESELURUHAN 845