Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

269) SKIM CERIA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Daripada jumlah RM4.5 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi Skim Caring Government For Residents' Improvement Aid (CERIA) tahun ini, berapakah peruntukan yang dirancang untuk pembaikan kerosakan harta-harta awam di taman-taman perumahan kos rendah di DUN Jeram?

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, Skim CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid) adalah merupakan inisiatif bantuan baik pulih khusus untuk skim pangsapuri. Skim ini dilaksanakan dengan pembiayaan penuh oleh Kerajaan Negeri bagi pangsapuri kos rendah, manakala bagi pangsapuri kos sederhana rendah pula, kos baik pulih akan dikongsi bersama antara Kerajaan Negeri dan penduduk.

    Bantuan baik pulih ini merangkumi kerja-kerja pembaikan fizikal seperti penggantian bumbung, baik pulih tangki air, penggantian komponen lif, pembaikan infrastruktur, dan penyelenggaraan kemudahan awam.

    Bagi pembaikan kerosakan harta-harta awam di taman-taman perumahan kos rendah di kawasan DUN Jeram, tiada peruntukan Skim CERIA yang dirancang bagi pembaikan kerosakan di kawasan ini kerana ianya tidak mempunyai skim pangsapuri yang layak untuk menerima bantuan di bawah program Skim CERIA.

Lampiran

Tiada Lampiran.