Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
261) PEMASANGAN DAN PEMBAIKAN LAMPU JALAN DI DUN SABAK: FOKUS JKR DAN PERUNTUKAN TERKINI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jalan-jalan di DUN Sabak yang akan terlibat bagi pemasangan lampu oleh JKR.
Terdapat beberapa Jalan negeri seliaan JKR di dalam kawasan DUN Sabak yang dirancang untuk dipasang lampu jalan. Lokasi yang dirancang berada di dalam kawasan Mukim Panchang Bedena, Mukim Sabak Bernam, Mukim Pasir Panjang, Mukim Sungai Panjang dan Mukin Bagan Nakhoda Omar.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh JKR bagi membaiki lampu-lampu jalan yang telah rosak?
Sejumlah RM 500,000.00 telah diperuntukkan bagi pembaikan lampu-lampu jalan disekitar Daerah Sabak Bernam melalui peruntukkan MARRIS 2025.