Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
259) INISIATIF UTAMA PEJABAT PERTANIAN SABAK BERNAM DI RANCANGAN MALAYSIA KE-12
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan dan senaraikan Kerja-Kerja Utama Dilaksanakan oleh Pejabat Pertanian Sabak Bernam Sepanjang Rancangan Malaysia ke-12.
Berikut adalah tanaman utama yang difokuskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor dilaksanakan oleh Pejabat Pertanian Sabak Bernam:-
- Tanaman Padi
- Melibatkan Program Peningkatan Hasil Padi dimana tujuan utama adalah untuk meningkatkan hasil padi dengan menggunakan pakej tanaman yang terkini dan bersistematik contoh penggunaan baja berbentuk foliar, penggunaan baja semi organik dan asid amino, yang dapat meningkatkan hasil dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan kelestarian.
- Pemulihan Tanah Sawah dimana kerja membajak dan memulihkan tanah sawah mengikut tapak projek yang dipilih selain menggunakan perapi tanah untuk memperbaiki struktur tanah sebelum kerja-kerja penanaman.
- Perlaksanaan Program Padi myGAP dan Pengurusan Perosak Bersepadu Tanaman Padi contoh Penggunaan Racun Biopeticide dan pembinaan KIOS Pusat Jualan dan Bengkel Pemprosesan Beras myGAP.
- Tanaman Kelapa
- Tanaman Semula Kelapa iaitu dengan penyediaan tanah untuk penanaman semula dengan menggunakan pakej teknologi tanaman kelapa di samping menggunakan benih kelapa yang berkualiti contoh Benih Kelapa Matag.
- Pemulihan Tanaman Kelapa dimana pokok kelapa yang sedia ada dibaja menggunakan pakej tanaman, kawalan perosak mengunakan perangkap kumbang tanduk dan penggunaan pheromone serta cyphermetrine.
- Tanaman Pisang
- Tanaman pisang digunakan sebagai tanaman selingan untuk tanaman kelapa. Antara benih pisang yang di tanam ialah benih pisang berangan dan pisang tanduk. Bentuk bantuan yang diberi adalah benih tisu kultur dalam bentuk sulur.
- Tanaman Melon
- Bermula tahun 2022 sehingga kini Pejabat Pertanian Sabak Bernam telah berjaya membimbing seramai 10 petani yang telibat dalam tanaman berbentuk fertigasi tanaman melon sebagai fokus utama dan kawasan yang terlibat adalah di Mukim Sungai Panjang dan Parit Baru. Bermula tahun 2023 pertama kalinya MeloSEL telah berjaya dikeluarkan oleh petani Sabak Bernam sebagai ikon Melon keluaran Negeri Selangor. Bentuk bantuan yang diberi adalah infrastruktur, input pertanian dan kursus/latihan.
Pejabat Pertanian Sabak Bernam juga komited dan sentiasa memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan pertanian kepada pelanggan/ golongan sasar yang memerlukan.