Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

257) PINDAH MILIK TANAH KERAJAAN NEGERI: MENILAI ISU, KES, DAN TINDAKAN KERAJAAN 2019-2024

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Isu pindah milik Tanah Kerajaan Negeri tanpa melalui peraturan dan prosedur yang betul. Nyatakan berapakah kes yang sudah berlaku sejak 5 tahun berakhir 2024?

    Menurut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara (KTN), “tanah Kerajaan” ertinya semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombing dan mana-mana tanah yang, dibawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat Sabak, tiada laporan aduan kes pindah milik bagi tanah Kerajaan Negeri yang dilaporkan tanpa melalui peraturan danprosedur yang betul. Kebiasaannya tanah kerajaan negeri akan dilupuskan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 KTN yang mana berdasarkan prosedur dan kadar premium yang ditetapkan mengikut kategori tanah.

  2. Apakah tindakan dan strategi yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini?

    Kerajaan sentiasa mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah KTN dan peraturan berkaitan bagi memastikan semua urusan tanah dibuat secara sah. Selain itu, pelaksanaan Sistem e-Tanah secara menyeluruh telah diperkenalkan sejak 26 Oktober 2023 bagi mengurangkan kelewatan yang boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan prosedur.

Lampiran

Tiada Lampiran.