Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

256) PERKAMPUNGAN PPRT DI DUN SABAK

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan dan senaraikan nama perkampungan penempatan PPRT dalam DUN Sabak.

    Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah dijenamakan semula kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Berikut merupakan senarai penempatan PPRS dalam DUN Sabak:

     

    1. PPRS Parit 8 1/2 Barat.
    2. PPRS Parit 6 Tebuk Pulai.
    3. PPRS Jalan Haji Atan.
    4. PPRS Batu 2 Tebuk Pulai.
  2. Nyatakan jumlah rumah bagi setiap Penempatan PPRT dalam DUN Sabak.

    Jumlah rumah bagi setiap penempatan PPRS dalam DUN Sabak ialah seperti berikut:

     

    1. PPRS Parit 8 1/2 Barat – 92 buah rumah.
    2. PPRS Parit 6 Tebuk Pulai – 21 buah rumah.
    3. PPRS Jalan Haji Atan – 23 buah rumah.
    4. PPRS Batu 2 Tebuk Pulai – 69 buah rumah

Lampiran

Tiada Lampiran.