Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
248) PENGURUSAN TAPAK KUBUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tapak kubur yang berada di DUN Semenyih?
14 Tanah Perkuburan Islam di DUN Semenyih.
-
Apakah kapasiti setiap tapak kubur yang ada?
Kapasiti terkini tanah perkuburan seperti jadual berikut:
BIL. NAMA TAPAK PERKUBURAN ISLAM KELUASAN PENGGUNAAN SEMASA BAKI PENGGUNAAN 1. Tapak Perkuburan Islam Eco Majestic, Beranang 22.012 – 22.012 2. Tapak Tanah Perkuburan Islam Semenyih, Jalan Broga 5.475 – 5.475 3. Tapak Tanah perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma 10.082 – 10.082 4. Tapak Tanah Perkuburan Islam Bandar Teknologi Kajang, Jaya Industri 5.075 – 5.075 5. Tapak Tanah Perkuburan Islam Ecohill 7.257 – 7.257 6. Tapak Tanah Perkuburan Islam Eco Forest, Lingkaran Eco Forest 3 4.630 – 4.630 7. Tapak Perkuburan Islam Jalan Broga, Eco Forest, 5.985 – 5.985 8. Tapak Tanah Perkuburan Islam Eco Forest, Lingkaran Eco Forest 1 1.697 – 1.697 9. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Purun 5.026 1.5078 3.518 10. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kuala Pajam 5.200 2.08 3.120 11. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Semenyih 2.049 0.1639 1.885 12. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 3, Jalan Bangi 4.221 2.110 2.110 13. Tapak Tanah perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu 28.610 17.166 11.444 14. Tapak Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, Hulu Semenyih 5.375 5.106 0.268 JUMLAH (EKAR) 112.694 28.1337 84.558 -
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk memastikan keperluan tapak kubur mencukupi?
Dalam tindakan JAIS untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai pelaksanaan kubur bertingkat kepada tanah baharu atau tanah perkuburan Islam yang telah penuh. Namun beberapa pilihan cara pelaksanaan kubur bertingkat itu akan dikemukakan kepada Jabatan Mufti negeri Selangor selaras dengan fatwa Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam yang dikeluarkan pada 8 September 2004 dan diwartakan 7 Oktober 2004.