Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

246) WANITA BEKERJAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan di Selangor?

    Menurut Laporan Survei Tenaga Buruh 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat 3.86 juta warga Selangor yang terlibat dalam sektor pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, 1.61 juta (41.9 peratus) ialah wanita, berbanding lelaki sebanyak 2.24 juta (58.1 peratus).

  2. Apakah peratusan wanita yang bekerja dalam sektor pendidikan, kesihatan, dan teknologi?

    Menurut Laporan Survei Tenaga Buruh 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), golongan wanita yang bekerja dalam sektor pendidikan ialah sebanyak 28.9 peratus atau 138,100 orang. Bagi sektor kesihatan, kemanusiaan dan kerja sosial pula, golongan wanita sebanyak 74,400 orang (15.6 peratus). Manakala, bagi sektor maklumat dan komunikasi, jumlah pekerja wanita adalah sebanyak 63,400 orang (13.3 peratus).

  3. Adakah data menunjukkan peningkatan penglibatan wanita dalam sektor strategik?

    Bagi sektor strategik, indikator yang boleh digunakan ialah bagi aktiviti profesional, saintifik dan teknikal. Laporan Survei Tenaga Buruh 2022 dan 2023 menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 1.4 peratus golongan wanita yang terlibat dalam sektor tersebut iaitu 49.5 peratus pada tahun 2023 berbanding 48.1 peratus bagi tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.