Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

244) PENGURUSAN TANAH DAN WAKAF

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi projek pembangunan?

    Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melaksanakan agihan dana wakaf berjumlah 32 juta sepanjang tahun 2024 dan disalurkan untuk pembinaan Masjid, Surau, Madrasah, Institusi serta Persatuan.

  2. Berapakah jumlah dana wakaf yang diterima oleh PWS bagi tahun 2024?

    Pada tahun 2024, PWS telah berjaya memperoleh kutipan wakaf berjumlah 68 juta. Kutipan wakaf ini merangkumi kutipan daripada Wakaf Tunai berjumlah RM11.39 juta, Wakaf Khas berjumlah RM48.17 juta dan Manfaat Wakaf berjumlah RM2.12 juta

  3. Adakah jumlah tuntutan bayaran selari dengan kemajuan projek yang telah disiapkan?

    Ya, PWS akan melaksanakan proses tuntutan bayaran selari dengan kemajuan projek yang disiapkan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.