Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
241) STATUS PERMOHONAN PEMILIKAN TANAH JALAN KENANGAN KAPAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian kepada penduduk yang telah sekian lama menetap di kawasan tersebut?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri melalui Keputsan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 12/2012 bertarikh 4 April 2012 telah menimbang dan menolak permohonan secara berkelompok pemberimilikan tanah ini daripada Tumijah binti Sarpan dan 66 pemohon yang lain diatas tanah kerajaan (rizab sungai) di Jalan Benteng dan Jalan Kenangan, Mukim Kapar, Daerah Klang seluas lebih kurang 308.0 m.p hingga 2,715.196 m.p setiap plot bagi tujuan bangunan kediaman (pembesaran kampung).
Seterusnya, MMKN Selangor meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tempoh 1 hingga 3 tahun untuk bangunan kediaman dan pertanian kepada pengusaha sedia ada dan tolak kepada pemohon yang baru melibatkan tanah kosong dan tidak diusahakan.
Susulan daripada itu, Kertas Ringkasan Pentadbir Tanah Klang yang disediakan pada tahun 2018 adalah mengenai cadangan penyelesaian isu pemenempatan penduduk berkenaan, berikutan hasil daripada perbincangan yang melibatkan AND Sementa, Jabatan dan agensi berkaitan serta wakil-wakil penduduk tidak mencapai sebarang persetujuan di mana penduduk masih tetap tidak mahu berganjak dari kawasan berkenaan dan memohon rizab sungai. Tindakan penyelesaian yang dicadangkan ketika itu adalah Pentadbir Tanah Daerah Klang telah mengenalpasti tapak gentian di Sementa, Mukim Kapar, Daerah Klang bagi isu penempatan penduduk berkenaan namun cadangan tapak gantian adalah merupakan rezab hutan yang perlu dibatalkan pewartaan terlebih dahulu.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini Pentadbir Tanah Klang semasa penyediaan kertas ringkasan berhubung perkara ini pernah mencadang dan mengesyorkan supaya apa jua langkah-langkah penyelesiaan ke atas isu ini perlulah mengambilkira tatacara serta syarat-syarat dan bayaran yang ditetapkan mengikut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 seperti di Lampiran. Sebarang semakan dan kajian semula kaedah penyelesaian perlulah diperhalusi oleh semua jabatan dan agensi khususnya kepada Jabatan dan Agensi teknikal yang terlibat.
-
Apakah langkah-langkah kerajaan yang telah di ambil sebelum ini bagi menyelesaikan isu tersebut?