Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

239) BEKALAN AIR MENTAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air yang stabil di DUN Sementa terutama di kawasan Kebun Baru Kg Perepat dan kawasan baru Kg Sementa?

    Bagi memastikan sistem bekalan air yang mampan, Air Selangor akan telah melaksanakan langkah penyelesaian jangka masa panjang dengan menjalankan kerja-kerja berikut di dalam kawasan DUN Sementa:

     

    Program Penggantian Paip

     

    Pakej Nama Jalan / Kawasan Wilayah Air Selangor Anggaran Panjang Paip (km) Status Terkini
    103 Jalan Kebun Baru, Perepat Klang 1.83 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025

     

    103 Jalan Seri Jaya Klang 3.00 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025

     

    101 Jalan UMNO Klang 0.93 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025
    65 Jalan Bukit Kerayong & Jalan Haji Ikram Klang 9.3 Kadar siap adalah 65.60% dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2025
    19 Jalan Haji Musran, Kampung Rantau Panjang Klang 4.0 Telah siap
    19 Jalan Benteng Kanan, Kampung Tok Muda Klang 3.1 Telah siap
    25 Jalan Haji Alias Klang 0.6 Telah siap
    25 Jalan Sebaya Klang 1.8 Telah Siap
    26 Jalan Palembang, Kampung Rantau Panjag Klang 0.6 Telah siap
    37 Jalan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 & 8, Tmn Sri Dua Belas Klang 1.2 Telah siap
    37 Jalan Bakti, Kampung Rantau Panjang Klang 1.6 Telah siap
    37 Jalan Bukit Kapar Klang 4.0 Telah siap

     

    Program Penaiktarafan Sistem Bekalan Air

     

    Projek Nama Kawasan Wilayah Air Selangor Skop Kerja Status Terkini
    Cadangan Penaiktarafan Rumah Pam – Pakej 6: Rumah Pam Taman Seri Sementa, Klang & Rumah Pam Batu 8 Sengkang, Kuala Langat Rumah Pam Taman Seri Sementa Klang Menaik taraf dan memasang pam baharu Kadar siap adalah 18.7% dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025

     

    Cadangan Penaiktarafan Sistem Agihan di Taman Perepat Klang Taman Perepat Klang Menaik taraf sistem agihan Kadar siap adalah 68% dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2025
    Penggantian Paip Komunikasi – Pakej C6 Jalan Kebun Baru Klang Penggantian paip komunikasi Telah siap
  2. Mengapakah kerap berlaku kebocoran di kebanyakan tempat khususnya di DUN Sementa dan apakah langkah penyelesaian untuk jaga masa pendek dan panjang?

    Antara punca-punca kebocoran paip yang telah dikenal pasti berlaku di DUN Sementa secara umumnya adalah disebabkan oleh:

     

    • kebocoran pada paip dan sambungan paip,
    • kebocoran pada tetiang meter,
    • kebocoran pada badan meter,
    • sistem paip yang tidak tersusun dan berusia,
    • serta pelbagai faktor luar kawalan seperti:
      • kebocoran dari kerja-kerja pembinaan
      • beban trafik di atas jalan raya (yang boleh memberikan impak (menghempap) ke atas paip yang ditanam di bawah tanah).

     

    Manakala, langkah-langkah penyelesaian bagi mengatasi kobocoran paip air bagi jangka masa pendek dan masa panjang di DUN Sementa adalah:

     

    Penyelesaian Bagi Jangka Masa Pendek

     

    1. Pelaksanaan Active Leakage Control (ALC) Program

     

    • Pelaksanaan Active Leakage Control (ALC) Program melibatkan kerja-kerja mencari kebocoran secara proaktif oleh anggota pasukan Leak Inspector (LI).

     

    • Pada masa ini, program tersebut giat dijalankan yang mana setiap hari anggota pasukan LI akan ditugaskan masuk ke District Monitoring Zone atau Zon Meter Daerah (DMZ) yang telah dijadualkan bagi mencari kebocoran dan melaporkannya supaya pembaikan dapat dibuat dengan segera.

     

    Penyelesaian Bagi Jangka Masa Panjang

     

    1. Pembentukan District Monitoring Zone (atau Zon Meter Daerah (DMZ))

     

    • Pembentukan DMZ memastikan pengurusan tekanan bekalan air dapat dilaksanakan untuk kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti. Melalui pengurusan tekanan ini, tekanan bekalan air dapat dikawal, dipantau dan dioptimumkan bagi mengurangkan gangguan bekalan disebabkan oleh kejadian paip pecah dan paip bocor.

     

    • Terkini, sejumlah 35 DMZ telah dibentuk di kawasan DUN Sementa seperti senarai di bawah:

     

     

    No DMZ ID Nama DMZ Rekod Paip Pecah & Paip Bocor 2024
    Paip Bocor Paip Pecah
    1 KG.009 Klang Perdana 72 7
    2 KG.047 Kampung Jalan Shapadu 261 8
    3 KG.048 Kampung Rantau Panjang 251 1
    4 KG.050 Taman Sri Kerayong 106 6
    5 KG.051 Taman Rantau Panjang 97 2
    6 KG.052 Kampung Sementa 311 15
    7 KG.062 Taman Sri Sementa 95 9
    8 KG.075 Kampung Jalan Shapadu (Zone 2) 122 6
    9 KG.091 Jalan Hj Sirat 218 18
    10 KG.1009 Jalan Goh Hock Huat 2 37 2
    11 KG.1013 Jalan Haji Othman Lama 67 2
    12 KG.1027 Jalan Kapar 2 17 0
    13 KG.1028 Kampung Rantau Panjang 2 8 2
    14 KG.1029 Kampung Rantau Panjang 3 33 2
    15 KG.1055 Kampung Rantau Panjang Dalam 1 2 0
    16 KG.1056 Kampung Rantau Panjang Dalam 2 5 0
    17 KG.1078 Jalan Sungai Serdang 1 15 0
    18 KG.1079 Jalan Sungai Serdang 2 3 0
    19 KG.126 Kampung Perepat 443 17
    20 KG.131 Jalan Iskandar 228 42
    21 KG.132 Jalan Kempas 469 21
    22 KG.139 Jalan Haji Sirat (Zone 3) 64 0
    23 KG.161 Taman Seri Wangi 62 1
    24 KG.206 Jalan Keretapi Lama 491 21
    25 KG.215 Kampung Tok Muda 73 10
    26 KG.233 Jalan Sungai Putus 208 10
    27 KG.269 Jalan Keretapi Lama 2 83 9
    28 KG.292 Taman Klang Utama 3 79 1
    29 KG.310 Kampung Sungai Serdang 285 12
    30 KG.403 Batu 3 Kapar 71 5
    31 KG.512 Kampung Bukit Kapar 261 5
    32 KG.901 Bukit Kerayong 39 9
    33 KG.921 Taman Perepat Indah 75 0
    34 KG.941 Jalan Bukit Kapar 0 0
    35 KG.945 Taman Sri 12 Kapar 1 0
    Jumlah 4,652 243
    Purata bilangan kes paip pecah / paip bocor (per DMZ) 133 7

     

     

    • Pelaksanaan Program Penggantian Paip Tahunan

     

    • Bagi kawasan yang masih kerap menghadapi kejadian paip pecah dan bocor walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan melalui pembentukan DMZ, jajaran paip yang dikenal pasti akan disusun ke dalam senarai keutamaan untuk dicadangkan di bawah Program Penggantian Paip tahunan.

     

    • Untuk Program Penggantian Paip 2024 yang akan datang, Air Selangor telah mengenal pasti dan menyenaraikan 5 km jajaran paip untuk penggantian di dalam DUN Sementa yang dijangka siap pada April 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.