Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

236) JETI NELAYAN SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk menjadikan mana-mana pengkalan di DUN Sementa sebagai satu tempat pelancongan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah beberapa langkah dan pendekatan yang boleh diambil untuk menjadikan mana-mana pengkalan di DUN Sementa sebagai satu tempat tarikan pelancongan, antaranya seperti berikut :

     

    • Memastikan status pemilikan tanah adalah sah mengikut peruntukan perundangan dan pembinaan perlu mendapat kelulusan pihak PBT;

     

    • Merujuk Rancangan Tempatan Bandaraya Diraja Klang 2025 (Pengubahan 1), bagi kemudahan sokongan pelancongan (persekitaran berkualiti), pihak Majlis mencadangkan agar jeti-jeti nelayan sedia ada dinaiktaraf untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan (rekreasi); dan

     

    • Mempunyai aktiviti pelancongan yang boleh menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung.
  2. Adakah telah ada jeti di negeri Selangor yang menjadi satu tempat pelancongan yang berjaya dan apakah kelebihan?

    Terdapat tujuh (7) jeti yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor bagi tujuan pelancongan dan lokasinya bertempat di Sky Mirror Kuala Selangor. Hasil kelulusan jeti tersebut telah dapat membantu industri pelancongan di Sky Mirror menjadi semakin rancak dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Perkara ini juga secara tidak langsung telah membantu menjana ekonomi penduduk setempat. Berikut dilampirkan senarai jeti-jeti pelancongan yang telah berlesen dengan LUAS yang mana kesemuanya digunakan bagi tujuan ke Sky Mirror :

     

    Bil. Nama Syarikat Lokasi
    1. Sky Mirror Tour & Travel Sdn. Bhd. (Majlis Perbandaran Kuala Selangor) Yang Di Pertua,
    Majlis Perbandaran Kuala Selangor,
    45000 Kuala Selangor,
    Selangor Darul Ehsan.
    2. Wave Rest & House Wave Rest House & Cafe, Jalan Bagan, Sungai Janggut, Batu 15, 45800 Jeram,
    Selangor Darul Ehsan.
    3. Gabungan Melur Sdn. Bhd. (Plot 1) Gabungan Melur Sdn. Bhd., 54A, Tingkat 1, Jalan Dato’ Tahir 1/KU3, 42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan.
    4. Gabungan Melur Sdn. Bhd. (Plot 2)
    5. Sky Mirror Ent Vacation Sdn. Bhd. No. 237-1, Jalan Besar, Sungai Buloh,
    45800 Jeram, Selangor Darul Ehsan.
    6. SKC Tour Sdn. Bhd. No. 35, Bagan Sungai Buloh, 45800 Jeram,
    Selangor Darul Ehsan.
    7. D Tours Kuala Selangor Sdn. Bhd. Pengurus
    D Tours Kuala Selangor Sdn. Bhd.,
    No. 1, Jalan Bagan Sg. Yu, Pasir Penambang,
    45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Lampiran

Tiada Lampiran.