Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

235) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembangunan perumahan mampu milik di Parlimen Kapar mengikut DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2025, terdapat
    10 projek dengan 2,780 unit RSKU telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di seluruh Mukim Kapar yang melibatkan DUN Meru dan DUN Sementa. Daripada jumlah tersebut, 1 projek dengan 12 unit RSKU telah siap dibina dan 9 projek dengan 2,768 unit RSKU sedang dalam perancangan di kawasan Mukim Kapar. Perincian status projek siap dan dalam perancangan bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

     

    DUN MERU

     

    BIL NAMA PROJEK LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS
    1. Taman Sungai Kapar Indah Di Atas PT 71570 Hingga PT 71574 Dan Lot 55023 Hingga Lot 55029 Taman Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar, Daerah Klang. 12 Siap Bina

     

     

    DUN MERU

     

    BIL NAMA PEMAJU LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS
    1. Sutera Bangsa Sdn. Bhd. Ke atas hakmilik Lot 54922 GRN 85859 dan Sebahagian Lot 54923 GRN 85860 Di Taman Sungai Kapar Indah, Mukim, Kapar

    Daerah Klang.

    259 Dalam Perancangan
    2. Sutera Bangsa Sdn. Bhd. Di Atas PT 64240 Hingga PT 64246, PT 71570 Hingga PT 71574 Dan Lot 55023 Hingga Lot 55209, Taman Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar,

    Daerah Klang.

    77 Dalam Perancangan
    3. Neu Estates Sdn. Bhd.

    (Dahulu dikenali sebagai NPO Land Sdn. Bhd.)

    Di Atas Hakmilik HSD 162436 Hingga HSD 162691 PT 80314 Hingga PT 80569 (Lot Asal PT 73321 Dan PT 73322), Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar, Daerah Klang. 256 Dalam Perancangan
    4. C.T. World Development Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik GRN 338118 Lot 111214, Mukim Kapar,

    Daerah Klang.

    1,120 Dalam Perancangan
    5. Landflair Sdn. Bhd. Di Atas Lot 326 (GM 3865) Dan Lot 328 (GM 3866), Pekan Kapar, Mukim Kapar,

    Daerah Klang

    26 Dalam Perancangan
    6. Seiring Harum Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik GM 2142 Lot 5450, Mukim Kapar, Daerah Klang. (Pemulihan Projek Terbengkalai) 16 Dalam Perancangan

     

    BIL NAMA PEMAJU LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS
    7. Dsara Sentral Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik HSD 125459 PT 51383, Mukim Kapar,

    Daerah Klang.

    600 Dalam Perancangan
    Jumlah Keseluruhan 2,354  

     

     

     

    DUN SEMENTA

     

    BIL NAMA PEMAJU LOKASI PROJEK BIL UNIT STATUS
    1. Arah Alaf (M) Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik HSM 48228 PT 82471, Mukim Kapar, Daerah Klang. 102 Dalam Perancangan
    2. Tinta Land Sdn. Bhd. (Dahulunya Inta Development Sdn. Bhd.) Di Atas Hakmilik HSD 130458 PT 46703, Ladang Jalan Acob, Mukim Kapar,

    Daerah Klang.

    312 Dalam Perancangan
    Jumlah Keseluruhan 414  
  2. Berapakah perumahan mampu milik yang sudah siap dari tahun 2001 hingga 2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 31 Disember 2024, terdapat 134 projek dengan 42,530 unit telah siap dibina dan diserah kunci.

  3. Berapakah perumahan mampu milik yang dijangka siap pada tahun 2025?

    Bagi tahun 2025, sebanyak 33 projek dengan 9,781 unit Rumah Selangorku, Rumah Idaman MBI & Rumah Selangorku Harapan disasarkan siap dibina dan diserah kunci kepada pembeli.

Lampiran

Tiada Lampiran.