Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

231) ISU KANAK-KANAK BANTUT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kes kanak-kanak bantut yang dilaporkan di Selangor sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa memantau taraf pemakanan kanak-kanak bawah 5 tahun yang hadir mendapat perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan. Masalah bantut merupakan masalah kekurangan zat makanan kronik, dimana kanak-kanak ini tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa yang lama.

     

    Jadual berikut adalah jumlah kes kanak-kanak bantut yang dilaporkan di Selangor sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.

    Tahun Jumlah Kedatangan

    Kanak-Kanak < 5 tahun

    Bilangan Kes Bantut Peratusan
    2020 8,0951 379 0.47%
    2021 8,2837 623 0.75%
    2022 8,4126 230 0.27%
    2023 9,1819 505 0.55%
    2024 9,3014 493 0.53%
  2. Nyatakan purata anak bagi setiap pasangan berkahwin di setiap daerah berdasarkan maklumat JPN Selangor bagi tempoh 5 tahun terkini.

    Tiada input daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.