Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
227) PERUMAHAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan senarai projek Rumah Selangorku, status dan peratusan kemajuan projek tersebut terkini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2025, terdapat 448 projek dengan 254,602 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Daripada jumlah tersebut 135 projek dengan 42,779 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, 58 projek dengan 25,592 unit sedang dalam pembinaan dan 254 projek dengan 186,231 unit lagi sedang dalam peringkat perancangan. Perincian projek dalam pembinaan adalah seperti di lampiran.