Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

209) KOPERASI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan koperasi yang aktif dan tidak aktif di negeri Selangor serta pecahan bidang koperasi yang ada kerjasama dengan kerajaan negeri.

    Untuk makluman, berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2024 bilangan koperasi yang aktif di Negeri Selangor adalah sebanyak 1,066 buah koperasi. Manakala bagi Koperasi yang berstatus tidak aktif adalah berjumlah 403 buah koperasi. Koperasi aktif adalah Koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan penyata kewangan dibuat pengauditan setiap tahun tanpa gagal. Manakala bagi koperasi yang tidak aktif adalah koperasi tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut tetapi masih mengadakan MAT atau akaunnya diaudit dalam tempoh tersebut.

     

    Antara pecahan bidang koperasi yang ada kerjasama dengan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

    1. Sektor Pertanian:
      1. Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad.
        1. Projek pembangunan usahawan pertanian
        2. Projek pembangunan usahawan dan koperasi
        3. Projek pembekalan peralatan dan mesin untuk melahirkan usahawan tempatan.

     

    1. Sektor Pemborongan dan Peruncitan:
      1. Penglibatan dalam Program Jualan Rumpun Selangor yang melibatkan koperasi-koperasi kawasan sekitar/lokasi terpilih bagi tahun 2024 (9 buah Koperasi)
        1. Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad;
        2. Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad;
        3. Koperasi Pesara Melayu Daerah Sabak Bernam Berhad;
        4. Koperasi Keluarga Ibu Azmi Selangor Berhad;
        5. Koperasi Pengusaha Dan Pengilang Ubi Selangor Berhad;
        6. Koperasi Pengguna Rezza Selangor Berhad;
        7. Koperasi Kebuniti Selangor Berhad;
        8. Koperasi Sahabat Sejati Berhad; dan
        9. Koperasi Usahawan Sabak Bernam Berhad.

     

    1. Sektor Pengguna
    2. Koperasi Kangen Selangor Berhad.
      1. Pengeluaran air minuman beralkali.
      2. Bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

     

    1. Koperasi Usahawan Sabak Bernam Berhad.
      1. Menyediakan dan mengusahakan ruangan tapak perniagaan (Up Town) untuk anggota Koperasi berniaga.

     

    • Program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar (MEKAR) yang melibatkan pendaftaran koperasi di pangsapuri terpilih di Negeri Selangor.
      1. Koperasi Mekar Kenari ABCD Selangor Berhad
      2. Koperasi Mekar PPA34 Selangor Berhad
      3. Koperasi Mekar Rimau Indah Selangor Berhad
      4. Koperasi Mekar Ukay Indah Selangor Berhad
      5. Koperasi Mekar Ruvena Villa Berhad
      6. Koperasi Seri Bakawali Selangor Berhad
      7. Koperasi Konsortium Warga Pengurusan Perumahan Dan Bangunan Selangor Berhad
  2. Berapa banyak koperasi yang mempunyai kerjasama aktiviti bersama kerajaan negeri atau agensi-agensi kerajaan negeri dan senaraikan koperasi tersebut beserta ALK mereka?

    Bagi senarai barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang mempunyai kerjasama bersama Kerajaan Negeri atau agensi-agensi Kerajaan Negeri, data terperinci koperasi-koperasi yang disenaraikan di atas akan diberikan secara bertulis merujuk kepada Peraturan-Peraturan Koperasi (Fi) 2010.

  3. Bagaimana kerajaan negeri melalui portfolio EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna menilai kompetensi koperasi-koperasi yang menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri melalui Portfolio EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Selangor membuat saringan dan pemilihan koperasi yang berkelayakan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri. Koperasi hendaklah mematuhi perundangan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi 2010, Garis Panduan dan Arahan Suruhanjaya).

     

    Koperasi juga perlu mempunyai pengurusan dan tadbir urus yang baik (good corporate governance). Selain itu, barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mempunyai hala tuju dan bersikap profesional dalam menjalankan aktiviti perniagaan berlandaskan mandat yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.