Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
208) TANAH PERTANIAN (SAWAH) DI SABAK BERNAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri dengan homestay di tanah pertanian (sawah) yang menggunakan bekalan elektrik dan air bukan komersal yang menyebabkan gangguan/kekurangan bekalan elektrik dan air di kampung-kampung (low voltan)?
Isu bekalan air dan elektrik bukan komersial sehingga menjejaskan kampung-kampung disebabkan voltan rendah diberi perhatian oleh pihak jabatan / agensi di daerah melalui pembentangan Kebenaran Merancang (KM) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Sabak Bernam yang turut disertai oleh Tenaga Nasional Berhad. Apabila KM dikemukakan oleh pengusaha inap desa, jabatan teknikal daerah akan melihat keadaan elektrik dan air di kawasan sekitar dan sekiranya perlu untuk mewujudkan pencawang elektrik baru, ia akan dicadangkan dalam mesyuarat ini. Bagi pengusaha yang tidak mengemukakan KM kepada Majlis Daerah Sabak Bernam, solusi terbaik akan diberikan antaranya mewujudkan pencawang elektrik yang baru bagi menampung bekalan elektrik atau melalui serahan tanah bagi pembinaan pencawang elektrik tersebut.
-
Senaraikan dengan terperinci (nama syarikat dan pemilik) pembangunan yang di bina atas tanah pertanian sawah dalam daerah Sabak Bernam selain homestay seperti rumah burung, kedai makan/cafe, hotel, kilang dan aktiviti pelancongan serta status tanah tersebut dan jumlah ekarnya.
Maklumat pemilik yang mengusahakan selain homestay seperti rumah burung, kedai makan/cafe, hotel, kilang dan aktiviti pelancongan di atas tanah adalah seperti di Lampiran 1 mengikut permohonan Permit Khas Kebenaran Penggunaan Tanah Pertanian Selain Tujuan Pertanian (Perniagaan / Industri ringan) Pekeliling PTGS 4/2020.
LAMPIRAN 1
MAKLUMAT PEMILIK YANG MENGUSAHAKAN SELAIN HOMESTAY MENGIKUT PERMOHONAN PERMIT KHAS KEBENARAN PENGGUNAAN TANAH PERTANIAN SELAIN TUJUAN PERTANIAN (PERNIAGAAN / INDUSTRI RINGAN) PEKELILING PTGS 4/2020.
BIL NAMA MAKLUMAT HAK MILIK KATEGORI 1. MOHAMAD HAMID MANAN BIN MOHD HASHIM MUKIM PANCHANG BEDENA KENDERAAN TERPAKAI 2. WONG TAK HING MUKIM PASIR PANJANG RESTORAN 3. TAN CHEE TECK MUKIM PASIR PANJANG KEDAI RUNCIT 4. AMIRUDDIN BIN MUHAMMED MUKIM PASIR PANJANG RESTORAN -
Sila lampirkan dalam bentuk carta jumlah tanah pertanian (sawah) yang berkurangan sepanjang tempoh 10 tahun dari 2015-2025.
Maklumat dalam bentuk carta jumlah tanah pertanian (sawah) yang berkurangan sepanjang tempoh 10 tahun dari 2015-2025 berada di bawah bidang kuasa Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut.