Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

207) RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH SABAK BERNAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila lampirkan rancangan pembangunan daerah Sabak Bernam 2015-2025 beserta zoning kawasan pertanian, pembangunan, perindustrian dan lain-lain.

    1. Rancangan Pembangunan Daerah Sabak Bernam 2015-2025 adalah sepertimana yang terkandung di dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025 yang telah diwartakan pada 8 Oktober 2015, No. Warta 2984 dan ianya masih berkuatkuasa sehingga kini.
    2. Keluasan kawasan RTMDSB 2015-2025 adalah seluas 101,700 hektar dan ianya merangkumi lima (5) Blok Perancangan seperti berikut:

     

    Blok Perancangan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025

    BLOK PERANCANGAN (BP) MUKIM
    BP 1 Panchang Bedena
    BP 2 Bagan Nakhoda Omar
    BP 3 Sabak
    BP 4 Sungai Panjang
    BP 5 Pasir Panjang

    Sumber: RTMDSB 2015-2025, (2015)

     

    • Zon guna tanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025 adalah seperti berikut:

     

     

     

     

    Zon Gunatanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (RTMDSB) 2015-2025

    Blok Perancangan Mukim Zon Gunatanah RTMDSB 2015-2025 (Hektar) Jumlah

    (Hektar)

    Pertanian Pembangunan Perindustrian Lain-Lain
    BP 1 Panchang Bedena 9,913.53 1,681.22 348.72 6,614.45 18,557.92
    BP 2 Bagan Nakhoda Omar 5,476.47 396.30 2,935.55 8,808.32
    BP 3 Sabak 11,843.63 1,278.73 33.33 2,486.23 15,641.92
    BP 4 Sungai Panjang 13,910.98 247.19 2.26 14,669.84 29,075.20
    BP 5 Pasir Panjang 6,741.01 280.87 64.49 22,775.2 29,861.57
    Jumlah Keseluruhan (Hektar) 47,885.62 3,884.31 448.8 49481.27 101,944.93

    Sumber: RTMDSB 2015-2025, (2015)

  2. Sila lampirkan rancangan pembangunan Daerah Sabak Bernam 2025-2035 beserta zoning kawasan pertanian, pembangunan, perindustrian dan lain-lain.

    Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sedang dalam proses penyediaan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) bagi menggantikan RTMDSB 2015-2025 yang akan tamat tempoh pada tahun ini. DRTMDSB 2035 (Penggantian) telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) Pertama pada 20 Disember 2024 dan Kedua pada 7 Februari 2025.

     

    1. Melalui JKSTP yang diadakan, satu syor telah dibangkitkan iaitu berkaitan bantahan pembangunan di kawasan Sekinchan yang perlu diangkat ke Mesyuarat EXCO MTES bagi mendapatkan pandangan dan pertimbangan. Sehubungan itu, MDSB akan membawa syor berkenaan ke Mesyuarat Penuh MDSB pada Mac 2025 dan selanjutnya ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor (JPNS) yang terhampir.

     

    • Berhubung dengan penyediaan DRTMDSB 2035 (Penggantian), terdapat sembilan (9) Blok Perancangan telah diperincikan berbanding lima (5) Blok Perancangan di rancangan tempatan terdahulu. Selain daripada kawasan daratan, DRTMDSB 2035 (Penggantian) turut mengambilkira kawasan perairan yang akan dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam iaitu di Blok Perancangan (BP) 9 : Persisiran Selat Melaka (3 batu nautika dari paras tikas air surut).

     

    Cadangan Blok Perancangan (BP) Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian)

    BLOK PERANCANGAN KAWASAN
    BP 1 Sekinchan
    BP 2 Sungai Besar
    BP 3 Sabak
    BP 4 Parit Timur
    BP 5 Bagan Terap
    BP 6 Tebuk Mufrad
    BP 7 Sungai Lang
    BP 8 Sungai Panjang
    BP 9 Persisiran Selat Melaka

    Sumber: DRTMDSB 2035 (Penggantian)

     

    1. Cadangan zon guna tanah Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) adalah seperti berikut:

     

    Cadangan Zon Guna Tanah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2035 (Penggantian)

    BLOK PERANCANGAN MUKIM ZON GUNATANAH RTMDSB  2035 (Penggantian)  (HEKTAR) JUMLAH

    (HEKTAR)

    PERTANIAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN LAIN-LAIN
    BP 1 Sekinchan 6,367.60 355.8 70.34 1429.37 8,223.11
    BP 2 Sungai Besar 1,569.90 1236.66 332.98 2869.31 6,008.85
    BP 3 Sabak 3,122.74 1710.15 33.56 918.21 5,784.66
    BP 4 Parit Timur 8,347.58 958.11 9,305.69
    BP 5 Bagan Terap 6,734.32 653.47 35.99 1335.78 8,759.56
    BP 6 Tebuk Mufrad 7,949.11 272.37 166.38 2023.03 10,410.89
    BP 7 Sungai Lang 5486.81 727.85 190.54 3738.74 10,143.94
    BP 8 Sungai Panjang 5,114.31 25.65 63.31 38828.73 44,032.00
    BP 9 Persisiran Selat Melaka (kawasan laut 3 batu nautika)  
    JUMLAH KESELURUHAN (HEKTAR) 44,692.37 4981.95 893.1 79361.28 102,668.70

    Sumber: DRTMDSB 2035 (Penggantian)

  3. Apakah terdapat tanah pertanian yang ditukar statusnya kepada pembangunan dan berapa ekar tanah tersebut serta adakah tanah pertanian tersebut diganti semula?

    Pada tahun 2020-2024, sebanyak 16 hakmilik tanah berstatus pertanian telah ditukar kepada status pembangunan yang melibatkan kawasan seluas 44 ekar.

     

    • Penukaran status tanah oleh pemilik-pemilik tanah berkenaan adalah selaras dengan ketetapan zon guna tanah rancangan tempatan (telah diwartakan) yang turut diubah daripada guna tanah pertanian kepada pembangunan.

     

    • Walau bagaimanapun, pengubahan zon guna tanah rancangan tempatan tidak secara langsung mengubah status tanah dan ianya masih kekal berstatus pertanian, melainkan pemilik tanah membuat permohonan bagi menukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan.

     

    • Berhubung dengan penggantian tanah pertanian yang ditukar kepada status pembangunan, Kanun Tanah Negara (KTN) tidak menetapkan sebarang syarat supaya ianya digantikan semula dan sehingga kini tiada sebarang penggantian tanah pertanian yang telah dilaksanakan.

     

    • Berdasarkan RTMDSB 2025 sejumlah 34,002.25 hektar tanah pertanian telah dikenalpasti manakala di dalam RTMDSB 2035 (Penggantian), terdapat sedikit penurunan jumlah keluasan tanah pertanian di seluruh Daerah Sabak Bernam iaitu kepada 30,744.34 hektar.

     

    Bilangan Hak Milik Yang Telah Menukar Syarat Daripada Pertanian Kepada Pembangunan Beserta Keluasan Tanah Bagi Daerah Sabak Bernam

    Tahun Kategori Pembangunan (Tukar Syarat) Jumlah
    Kediaman Perniagaan Perusahaan
    Bil. Hakmilik Keluasan

    (Ekar)

    Bil. Hakmilik Keluasan

    (Ekar)

    Bil. Hakmilik Keluasan

    (Ekar)

    Bil. Hakmilik Keluasan

    (Ekar)

    2020 5 7.32 1 1.05 2 5.72 8 14.09
    2021 2 2.14 2 2.14
    2022 1 1.02 2 6.05 3 7.07
    2023 1 1.83 1 1.83
    2024 2 2.31 2 2.31
    Jumlah 8 11.46 4 4.21 4 11.77 16 27.44

    Sumber: Pejabat Tanah Dan Daerah Sabak Bernam, 2025