Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

205) PAPANTANDA IKLAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila lampirkan SOP meletakkan papan tanda di tepi jalan utama negeri dan federal serta dalam kawasan PBT dan rizab-rizab kerajaan.

    SOP Pengurusan Paparan Iklan luaran di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor adalah berdasarkan pekeliling SPBT 2008: Dasar dan Garis Panduan Pendirian Iklan Luaran Di PBT Negeri Selangor seperti di LAMPIRAN A, manakala SOP bagi pemasangan papan tanda di dalam rizab jalan persekutuan boleh dirujuk pada Tatacara Permohonan Mendirikan Struktur Paparan Iklan di Dalam Rizab Jalan Persekutuan / Lebuhraya Tahun 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

  2. Apakah ada kebenaran khas boleh meletakkan papan tanda iklan di bahu jalan atau di atas laluan air (parit/longkang) atau di rizab kerajaan?

    Kebenaran meletakkan papan tanda iklan di bahu jalan atau di atas laluan air (parit/ longkang) atau di rizab kerajaan tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa berkaitan seperti berikut:

     

    • Kementerian Kerja Raya (KKR): Permohonan hendaklah dikemukakan kepada KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Menurut Seksyen 85A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), kuasa meluluskan permohonan untuk mendirikan paparan iklan di rizab jalan persekutuan dan lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kerja Raya.

     

    • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): LLM menyediakan Sistem Pengurusan Paparan Iklan (SPPI) untuk memudahkan proses permohonan. Permohonan boleh dibuat melalui portal SPPI LLM.

     

    • Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): PBT akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan Pekeliling SPBT 2008: Dasar dan Garis Panduan Pendirian Iklan Luaran Di PBT Negeri Selangor.
  3. Apakah antara tindakan yang akan diambil Pihak Berkuasa apabila didapati papantanda tidak mematuhi syarat dan berapa tindakan yang telah diambil serta dikuatkuasakan?

    Antara tindakan yang boleh diambil oleh PBT dalam menangani papan tanda yang tidak mematuhi syarat ialah:

     

    1. Tindakan penguatkuasaan kompaun halangan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);
    2. Tindakan penurunan dan perobohan papan tanda iklan tanpa kebenaran menurut undang-undang kecil berkaitan di peringkat PBT; dan
    3. Pemantauan oleh PBT terhadap pemasangan atau pembinaan papan iklan.

    PBT telah menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas papan tanda iklan yang tidak mematuhi syarat bagi tahun  2023 dan 2024 seperti berikut:

    PBT NOTIS DAN KOMPAUN PENURUNAN/ROBOH/SITA
    2023 2024 2023 2024
    MBDK 15 98 950 521
    MBSA 7 16 1609 1756
    MBPJ 326 215 86 104
    MBSJ 1,020 1,045 09 17
    MPAJ 7 20 19 45
    MPHS 120 12 86 0
    MPKj 1462 672 358 2436
    MPKL 552 737 0 0
    MPKS 1480 2881 95 02
    MPS 69 12 57 50
    MPSp 0 0 119 131
    MDSB 24 3 8 1