Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

201) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI LEMBANGAN SUNGAI BULOH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk membersihkan kawasan Lembangan Sungai Buloh daripada sisa buangan haram dan memulihkan ekosistem bagi kawasan tadahan bagi menggelakan banjir Ijok ?

    1. Dikenakan tindakan dengan mengeluarkan notis menghendaki kacauganggu dihapuskan.
    2. Mengambil tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap 2007 dengan jumlah kompaun maksima ialah RM 1,000.00.
    3. Mengambil tindakan kompaun ingkar arahan notis di bawah Akta Kerajaan tempatan 1976 dengan jumlah kompaun RM 150.00 sahaja.
    4. Mengambil tindakan dengan membuat sitaan / penahanan (minima 7 hari) terhadap lori atau apa-apa kenderaan yang membuang sampah haram dengan jumlah denda RM50.00/sehari (kos simpanan) dan kos tebusan barang berjumlah RM 5000.00
    5. Boleh di dakwa di mahkamah dengan membuka kertas siasatan sekiranya kompaun yang telah dikeluarkan tidak dijelaskan oleh OKK.

     

    Berikut adalah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi tahun 2024.

     

    Tahun Jum. Sitaan

    (lori sampah)

    Jum. Kompaun Jum. Notis
    2024 27 56 11

     

    Pihak Pejabat Daerah Tanah perlu mengambil tindakan tegas seperti pelucuthakan hak milik tanah kepada pemilik tanah yang melanggar syarat nyata tanah di bawah Kanuh Tanah Negara (KTN) dan Garis Panduan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor supaya perkara ini tidak berulang. Sebagai contoh dan pengajaran kepada pemilik tanah yang lain.

  2. Apakah jenis-jenis hukuman atau denda yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah membuang sampah secara haram di kawasan Lembangan Sungai Buloh?

    1. Dikenakan tindakan dengan mengeluarkan notis menghendaki kacauganggu dihapuskan.
    2. Mengambil tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap 2007 dengan jumlah kompaun maksima ialah RM 1,000.00.
    3. Mengambil tindakan kompaun ingkar arahan notis di bawah Akta Kerajaan tempatan 1976 dengan jumlah kompaun RM 150.00 sahaja.
    4. Mengambil tindakan dengan membuat sitaan / penahanan (minima 7 hari) terhadap lori atau apa-apa kenderaan yang membuang sampah haram dengan jumlah denda RM50.00/sehari (kos simpanan) dan kos tebusan barang berjumlah RM 5000.00
    5. Boleh di dakwa di mahkamah dengan membuka kertas siasatan sekiranya kompaun yang telah dikeluarkan tidak dijelaskan oleh OKK.

     

    Berikut adalah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi tahun 2024.

     

    Tahun Jum. Sitaan

    (lori sampah)

    Jum. Kompaun Jum. Notis
    2024 27 56 11

     

    Pihak Pejabat Daerah Tanah perlu mengambil tindakan tegas seperti pelucuthakan hak milik tanah kepada pemilik tanah yang melanggar syarat nyata tanah di bawah Kanuh Tanah Negara (KTN) dan Garis Panduan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor supaya perkara ini tidak berulang. Sebagai contoh dan pengajaran kepada pemilik tanah yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.