Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
198) PENDIDIKAN KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah nisbah tenaga pengajar kepada pelatih di STDC, dan adakah ianya memadai untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran?
Nisbah tenaga pengajar kepada pelatih di STDC adalah 1:25, selaras dengan syarat yang ditetapkan bagi Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Nisbah ini dianggap mencukupi untuk memastikan setiap pelatih mendapat bimbingan yang berkualiti, di samping membolehkan tenaga pengajar memberikan perhatian yang optimum terhadap pembelajaran teori dan latihan praktikal. Ia juga memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara efektif, sejajar dengan standard latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri kepada STDC untuk tahun 2023, 2024 dan 2025, dan bagaimana dana ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti latihan dan kemudahan mengikut tahap keperluan industri?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan kepada STDC Kuala Selangor sebanyak RM2,431,881.00 pada tahun 2023 dan RM1,447,150.00 pada tahun 2024 yang mana dana ini telah digunakan secara berkesan bagi meningkatkan kemudahan latihan dan menambah baik kurikulum. Manakala bagi tujuan pembangunan program prefesional di STDCx Shah Alam, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 4,164,149.76 pada tahun 2023 dan RM 2,197,396.00 pada tahun 2024. Bagi tahun 2025, STDC masih dalam peringkat perbincangan dengan industri bagi menentukan keperluan sebenar dan hala tuju pembangunan TVET, supaya dana yang akan dimohon benar-benar memenuhi keperluan melahirkan tenaga kerja mahir, selaras dengan keperluan industri.