Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

195) KETERJAMINAN MAKANAN MELALUI PERTANIAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah skim atau galakan kepada petani/usahawan untuk menceburi dan melibatkan diri dalam bidang pertanian moden dan pertanian tanaman jangka pendek yang mempunyai potensi besar di pasaran untuk keterjaminan makanan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memberikan fokus kepada memberi latihan/kursus/hands-on jangka pendek dan panjang di Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah di seluruh Negeri Selangor. Selain tu, penyediaan insentif dan geran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan petani/usahawan untuk menceburi dan melibatkan diri dalam bidang pertanian moden diantaranya ialah merangkumi teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai, insentif pembelian input pertanian serta pembangunan mengaplikasi teknologi IOT (Internet Of Things) pembajaan, pengurusan perosak/penyakit, penuaian hasil dan pengendalian lepas tuai.

     

    Bagi memberi fokus kepada pertanian tanaman jangka pendek yang mempunyai potensi besar di pasaran untuk keterjaminan makanan, petani/usahawan boleh memohon insentif Pembangunan Tanaman Sayur dan Kontan dengan peruntukan sebanyak RM20,000.00/ha.

    Selain itu, pengunaan sistem penanaman di dalam bangunan atau lebih dikenali plant factory menggunakan pencahayaan tiruan merupakan teknologi terkini dalam pertanian dan sangat sesuai untuk tanaman jangka pendek. Ruang yang kecil/terhad tetapi mampu untuk mengeluarkan hasil yang tinggi. Antara syarikat yang menjalankan projek tanaman jangka pendek secara plant factory di Negeri Selangor ialah Cultiveat Group Sdn Bhd, Opus Farm Sdn Bhd, Future Farm Sdn Bhd, De Lettuce Bear Marketing Sdn Bhd, Glyde Sdn Bhd, Sunway FutureX, AHA Services Sdn Bhd, Vegetory, dan Urban Modern Farming.

Lampiran

Tiada Lampiran.