Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

194) PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif atau strategi Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan penglibatan usahawan belia dalam sektor pertanian muda?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai strategi khusus yang ditumpukan kepada usahawan belia dalam sector pertanian. Namun, terdapat beberapa program dan inisiatif yang boleh disertai oleh usahawan belia dalam industry pertanian. Antara bantuan yang ditawarkan termasuk bantuan geran, pinjaman mikrokredit dan program yang ditawarkan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan :

     

    1. Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS)

    Bantuan ini diberikan kepada usahawan melalui Sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas dalam bentuk mesin atau peralatan untuk membantu usahawan di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

     

    Sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk program bantuan DUMS pada tahun 2025. Setiap pemohon yang menepati syarta dan kelayakan yang ditetapkan  berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

     

    • Rakyat Negeri Selangor ataupun yang telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun;
    • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun;
    • Perusahaan di bawah kategori mikro sahaja;
    • Perusahaan merentasi semua sector termasuk sector industry Kreatif;
    • Telah dan masih beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun daripada tarikh permohonan;
    • Konsisten dari segi pengeluaran dan permintaan;
    • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara dalam talian);
    • Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih orang bilangan pekerja;
    • Pemohon pernah menyertai mana-mana program keusahawanan anjuran Jabatan / Agensi dibawah Kerajaan Negeri;
    • Peniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
    • Pemohon yang Berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

     

    1. Latihan Keusahawanan

    Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keusahawanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dengna kerjasama agensi-agensi lain seperti INSKEN, MARA, HIJRAH SELANGOR dan Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS. Bagi tahun 2025, Program Liga Usahawan Selangor (SAY Lead dan Aspire Export) akan dilaksanakan dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY), untuk membangunkan usahawan dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Liga Usahawan Selangor merangkumi 2 kategori yang memberi focus kepada usahawan eksport ready dan usahawn kelainan upaya (OKU).

     

    iii. Pinjaman Mikrokredit Hijrah Selangor

    HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan secara berperingkat bermula tahun 2020. Ia merupakan satu system pembiayaan modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1-4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu terdapat beberapa program lain dibawah agensi ini seperti berikut:

     

    1. NADI (Skim Niaga Darul Ehsan)

    Bantuan ini berbentuk pinjaman modal dari RM1,000.00 – RM50,000.00 khusus untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan. Pembiayaan ditawarkan dalam tempoh enam (6) bulan sehingga tiga (3) tahun.

     

    1. Skim i-Bisnes

    Menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM50,000.00 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sudah diusahakan. Pembiayaan ditawarkan dalam tempoh sehingga lima (5) tahun.

     

    1. Ekspo/Pameran Keusahawanan

    Salah satu inisiatif bagi mengembangkan lagi pasaran produk para usahawan di Negeri Selangor adalah melalui penyertaan dalam ekspo dan pameran. Usahawn yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor di ekspo/pameran tempatan atau antarabangsa dalam memasarkan produk dan meningkatkan pendapatan.

     

    1. Program U-PLATS

    Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga kea rah digitalisasi. Program U-PLATS menawarkan beberapa fasa dan modul khas seperti berikut :

     

    1. Fasa 1 memfokuskan kepada adaptasi digitalisasi dan penjanaan gandaan pendapatan. Di dalam fasa 1 juga, usahawan dididik untuk memastikan kewujudan perniagaan di dalam platform digital dan pembinaan kandungan kreatif seperti di tiktok untuk mengiklankan perniagaan mereka.

     

    1. Fasa 2 pula memfokuskan kepada perkemasan perniagaan sehingga mendapat pensijilan halal.

     

    1. Fasa 3 memfokuskan kepada “expand dan export” untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.
  2. Berapakah jumlah usahawan belia tani yang berjaya didaftarkan di bawah Program Kerajaan Negeri Selangor dan apakah indikator utama yang digunakan untuk menilai keberkesanannya?

    Pada masa ini, tiada data tersedia mengenai jumlah usahawan belia tani yang Berjaya didaftarkan di bawah Program kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.