Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

192) TANAH MILIK KERETAPI TANAH MELAYU (KTM)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat penduduk yang telah menduduki tanah milik KTM sejak sekian lama di Estet Kg. Bukit Badong. Apakah pelan tindakkan atau rancangan Kerajaan Negeri untuk cara mengatasi isu ini dan adakah Kerajaan Negeri akan memberikan hak penempatan ke atas mereka memandangkan mereka telah lama menduduki tanah tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tanah di Kampung Bukit Badong adalah merupakan tanah simpanan keretapi Bukit Badong yang telah diletakhak kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) untuk tujuan kegunaan keretapi dan bukan tujuan penempatan. Bancian setinggan Rizab Keretapi tanah Melayu 2024, kawasan Bukit Badong Mukim Ijok telah dijalankan dan mendapati bahawa terdapat seramai 85 penduduk mendiami kawasan tersebut. Justeru itu, cadangan untuk memberikan hak penempatan kepada penduduk-penduduk perlu diselaraskan dengan pihak PAK terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri agar tidak bertentangan dengan peraturan dan perlembagaan sedia ada.

  2. Apakah ada perancangan tempat pemindahan sekiranya KTM menggunakan tanah tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tanah di Kampung Bukit Badong adalah merupakan tanah simpanan keretapi Bukit Badong yang telah diletakhak kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) untuk tujuan kegunaan keretapi dan bukan tujuan penempatan. Bancian setinggan Rizab Keretapi tanah Melayu 2024, kawasan Bukit Badong Mukim Ijok telah dijalankan dan mendapati bahawa terdapat seramai 85 penduduk mendiami kawasan tersebut. Justeru itu, cadangan untuk memberikan hak penempatan kepada penduduk-penduduk perlu diselaraskan dengan pihak PAK terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri agar tidak bertentangan dengan peraturan dan perlembagaan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.