Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

186) TAHUN 2024 TERDAPAT SEBAHAGIAN JALAN LADANG (SAWAH PADI) YANG DIBAIKI NAMUN MASIH BANYAK JUGA JALAN LADANG INI TIDAK DAPAT DIBAIKI LAGI ATAS KEKANGAN PERUNTUKAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk mempercepatkan pembaikan jalan ladang di kawasan pertanian ini?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan infrastruktur pertanian, termasuk jalan ladang yang menjadi laluan utama bagi petani mengangkut hasil pertanian. Pembaikan jalan ladang akan diteruskan secara berperingkat berdasarkan keutamaan dan tahap kerosakan yang dikenal pasti.

     

    JPS bertanggungjawab menjalankan kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan ladang di bawah seliaan mereka. Kerja-kerja pembaikan dijalankan menggunakan turapan jenis crusher run, yang sesuai untuk kawasan pertanian dan mampu menampung bebanan jentera serta kenderaan ladang.

     

    Pembaikan jalan ladang dibiayai melalui tiga (3) sumber utama iaitu:

     

    1. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
    2. MARRIS (Malaysian Road Records Information System)
    3. Peruntukan Mengurus Negeri

     

    JPS telah menerima peruntukan MARRIS sebanyak RM5 juta pada tahun 2025 bagi kerja membaikpulih jalan ladang.

Lampiran

Tiada Lampiran.