Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
183) DI LUAR BANDAR TERDAPAT BANYAK MASJID DAN SURAU YANG TIDAK MAMPU MENJALANKAN AKTIVITI PENGIMARAHAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program pengimarahan masjid dan surau melalui dana khas atau sebagainya?
Hampir keseluruhan aktiviti pengimarahan yang dilaksanakan di masjid atau surau Negeri Selangor dilaksanakan melalui sokongan dana infak ahli kariah. Selain daripada itu, program pengimarahan masjid dan surau juga boleh dibantu melalui peruntukan pengimarahan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) bagi masjid dan surau yang mempunyai dana terhad bagi melaksanakan program pengimarahan.