Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
181) KEROSAKAN LAMPU ISYARAT DAN PAPARAN MASA DI TIGA (3) PERSIMPANGAN JALAN FT54 (PERSIMPANGAN SAUJANA – BANDAR BARU SUNGAI BULOH)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status baik pulih lampu isyarat di tiga (3) persimpangan di Jalan FT54?
Pihak JKR telah memohon peruntukan sebanyak RM675,000.00 bagi pembaikan lampu isyarat di jajaran FT054.
-
Bilakah baik pulih akan dimulakan dan dijangka siap?
Perolehan bagi kerja-kerja tersebut dijangka akan dibuat pada bulan Mac 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2025