Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

179) PENGURUSAN PASAR MALAM PAYA JARAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal selia pasar malam tersebut?

    Pengurusan Pasar Malam Paya Jaras dikendalikan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paya Jaras (JPKK Paya Jaras).

  2. Berapa kalikah audit kewangan dan pengurusan dilakukan pada tahun 2022 sehingga 2024?

    Semua Pengurusan kewangan adalah diuruskan oleh Pihak JPKK Paya Jaras.

  3. Nyatakan pecahan perbelanjaan dan agihan kewangan yang diperolehi daripada kutipan sewa tapak pada tahun 2022 sehingga 2024?

    Semua pengurusan perbelanjaan dan agihan kewangan diuruskan oleh pihak JPKK Paya Jaras

Lampiran

Tiada Lampiran.