Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

177) PEMBINAAN BAN DI TEBING SUNGAI BULOH, JALAN GAJAH 1, JALAN GAJAH 5 DAN JALAN GAJAH 6, KAMPUNG KUBU GAJAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perancangan pembinaan ban di kawasan ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, susulan daripada lawatan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Petaling bersama Y.B. Dato’ Dr. Halim bin Tamuri serta wakil penduduk di lokasi hotspot banjir di Jalan Gajah 1, Jalan Gajah 5 dan Jalan Gajah 6, Kampung Kubu Gajah pada 12 Disember 2024, pihak JPS Petaling telah memasukkan kerja pembinaan ban di kawasan yang bersesuaian di dalam perancangan kerja pada tahun 2025.

  2. Bilakah projek pembinaan ban akan dimulakan dan dijangka siap?

    Projek pembinaan ban dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2025 setelah melalui proses lantikan berdasarkan pekeliling dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

  3. Berapakah kos pembinaan ban tersebut?

    Kos pembinaan ban tersebut dianggarkan berjumlah RM300,000.00 yang melibatkan skop pembinaan dan pengukuhan ban serta kerja-kerja pengorekan sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.