Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

175) BAIK PULIH KEDAI PLB DI KAWASAN PASAR PAYA JARAS

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia kedai-kedai PLB di kawasan berkenaan?

    Kerja-kerja penyelenggaraan gerai dan pemilihan penyewa serta urusan pelesenan peniaga adalah di bawah tanggungjawab MBSA.

  2. Apakah perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai PLB di kawasan ini?

    Tiada perancangan untuk menaiktaraf kedai PLB di kawasan pasar Paya Jaras kerana kedai tersebut adalah dalam cadangan untuk kerja-kerja menaiktaraf persimpangan di Jalan Sungai Buloh – Kuala Selangor.

  3. Berapakah anggaran kos baik pulih tersebut?

    Tiada peruntukan disediakan untuk kerja-kerja membaikpulih memandangkan kedai ini akan terlibat dengan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.