Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

172) KEDAI MBSA TERBAKAR DI JALAN GAJAH 23, KAMPUNG KUBU GAJAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah perancangan MBSA untuk membaik pulih kedai-kedai yang terbakar?

    MBSA telah memutuskan untuk menggunakan konsep kontena bagi menggantikan struktur gerai sedia ada yang terbakar. Pihak Majlis akan turut memulakan proses permohonan pewartaan tanah tersebut dengan Pejabat Tanah & Daerah Petaling bagi kegunaan tapak gerai.

  2. Berapakah anggaran kos baik pulih tersebut?

    Jumlah kos sebenar kerja-kerja akan diketahui setelah selesai kerja-kerja pewartaan tanah dan kerja-kerja merekabentuk gerai.

  3. Bilakah kerja baik pulih ini akan dimulakan?

    Kerja-kerja baik pulih akan dimulakan setelah rekabentuk baharu dengan konsep kontena dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.