Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

171) AIR SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah KM panjang penggantian paip air lama bagi tahun 2024 dan kos yang dibelanjakan?

    Bagi tahun 2024, Air Selangor telah menganugerahkan tender bagi kerja-kerja penggantian paip usang kepada paip baharu sepanjang 119.05 km.

    Manakala, Air Selangor memperuntukkan sebanyak RM479.09 juta bagi tahun 2024 untuk pelaksanaan Program Penggantian Paip sepanjang 300 km dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.

  2. Berapakah NRW dan rizab air Selangor terkini?

    Bagi kadar NRW, Air Selangor telah mencapai kadar NRW bagi tahun 2024 sebanyak 27% berbanding sasaran SPAN sebanyak 28%.

    Setakat 31 Januari 2025, margin rizab bekalan air bagi negeri Selangor adalah sebanyak kadar 18.71%.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.