Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

170) MENAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN DAN STADIUM DI DAERAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf kemudahan sukan dan stadium di daerah bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah khususnya?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan keperluan kemudahan sukan untuk kegunaan semua lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Kerajaan Negeri tiada halangan dan menyokong sekiranya pihak sekolah ingin menggunakan kemudahan sukan di tempat awam untuk menjalankan aktiviti sukan sekolah. Walau bagaimanapun, makluman dan kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu daripada PBT atau PDT agar program yang dijalankan tidak mengganggu pengguna yang lain.

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan untuk menaiktaraf kemudahan sukan dan stadium di daerah kerana pada masa kini Kerajaan Negeri lebih menumpukan bagi kerja menaiktaraf kemudahan sukan yang terlibat dengan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebagai persediaan Negeri Selangor sebagai tuan rumah.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia menimbang semula cadangan menaiktaraf kemudahan sukan dan stadium di daerah sekiranya kemudahan sukan tersebut kritikal dan permintaan yang tinggi oleh masyarakat sekeliling.

Lampiran

Tiada Lampiran.