Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

169) AKTIVITI KAWALAN ANJING LIAR, MONYET DAN LEMBU TERBIAR DI SELANGOR MENGIKUT PBT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan aktiviti kawalan anjing liar, monyet dan lembu terbiar di Selangor mengikut PBT.

    Aktiviti kawalan bagi anjing liar dan lembu liar dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Manakala, aktiviti kawalan berkaitan gangguan monyet pula adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

    Berikut merupakan aktiviti kawalan yang dilaksanakan di Negeri Selangor:

     

    1. i) Kawalan Anjing Liar:

    Kerajaan Negeri melalui PBT Negeri Selangor menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 – Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan PBT bagi pengurusan aktiviti penangkapan dan pelupusan anjing liar. Operasi tangkapan anjing liar dilaksanakan berdasarkan aduan dan pemantauan berkala. SOP tersebut menjadi panduan kepada PBT dalam melaksanakan aktiviti kawalan, penangkapan, pengurungan, tuntutan semula dan pelupusan terhadap anjing liar tanpa ada penganiayaan.

     

    1. ii) Kawalan Lembu Terbiar:

    Aktiviti kawalan lembu di Negeri Selangor pula adalah berdasarkan kepada Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Selangor No.3 Tahun 1971). Enakmen ini memperuntukkan bahawa suatu kawasan PBT atau sebahagiannya merupakan kawasan larangan bagi lembu dan kerbau. Justeru itu, lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan larangan boleh diklasifikasikan sebagai lembu yang tidak bertuan dan tindakan seperti tangkapan boleh dilaksanakan ke atas lembu tersebut.

     

    • iii) Kawalan Monyet:

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhilitan Selangor mengawal populasi kera dan mengatasi aduan kacau ganggu hidupan liar berdasarkan kepada prosedur yang ditetapkan seperti berikut:

     

    • Bagi kawalan spesies konflik kera dan beruk, tindakan penakaian (culling) digunakan dalam kawalan populasi konflik. Pelupusan populasi konflik dilaksanakan secara terancang melalui pemasangan perangkap, operasi terjadual, operasi bersepadu basmi musuh tanaman bersama penduduk setempat dan pemegang taruh yang berkenaan.

     

    • Melaksanakan kempen kesedaran awam bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan habitat yang sesuai serta langkah pencegahan kacau ganggu kera dan beruk yang melibatkan gangguan kesejahteraan di kawasan perumahan dan berlaku kemalangan. Kempen ini dilaksanakan menerusi cetakan risalah, hebahan melalui platform atas talian seperti facebook/ Instagram/ tiktok serta pemasangan papan tanda lintasan hidupan liar.
  2. Apakah pencapaian setakat tahun lalu berbanding tahun sebelumnya?

    1. Untuk makluman, pencapaian bagi kawalan anjing liar dan lembu terbiar di Negeri Selangor mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut:

     

    Bil. PBT Tahun Tangkapan  Anjing

    (ekor)

    Tangkapan Lembu

    (ekor)

    1. MBDK

     

    2023 3216 Tiada data
    2024 2181 Tiada data
    2. MBSA 2023 4476 Tiada data
    2024 2925 Tiada data
    3. MBPJ

     

    2023 589 Tiada data
    2024 625 Tiada data
    4. MBSJ

     

    2023 498 Tiada data
    2024 1021 Tiada data
    5. MPAJ

     

    2023 215 Tiada data
    2024 192 Tiada data
    6. MPKj

     

    2023 1281 Tiada data
    2024 1317 Tiada data
    7. MPS

     

    2023 1501 Tiada data
    2024 1597 5
    8. MPSp

     

    2023 1432 Tiada data
    2024 1419 Tiada data
    9. MPKL

     

    2023 375 22
    2024 643 25
    10. MPKS

     

    2023 885 24
    2024 1852 10
    11. MPHS

     

    2023 1,132 Tiada data
    2024 2,191 Tiada data
    12. MDSB

     

    2023 442 3
    2024 677 52

     

    Seterusnya, data operasi kawalan monyet yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan Selangor bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti berikut:

     

    Tahun

    Tangkapan Monyet (ekor)

    2023

    11,474

    2024

    11,859

Lampiran

Tiada Lampiran.