Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
167) TEBATAN BANJIR SEKITAR DUN SIJANGKANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek tebatan banjir di sekitar DUN Sijangkang terutamanya Jalan Perepat Telok Panglima Garang, Kampung Batu 9 Kebun Baharu, Jalan Sukepi Kampung Batu 10 Kebun Baharu dan Taman Perumahan Jaromas?
- Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan status projek di sekitar DUN Sijangkang:-
Bil
Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status
1. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Sijangkang, Daerah Kuala Langat
(Melibatkan Kampung Batu 9 Kebun Baharu, Jalan Sukepi, Kampung Batu 10 Kebun Baharu)
a) Menaiktaraf saliran di Jalan Sukepi sepanjang 760m b) Menaiktaraf sistem saliran di Jalan Garuda sepanjang 2.4km
c) Menaiktaraf 11 buah lintasan
11,463,270.00 25.5.2023 – 22.11.2024
EOT No 1 : 16.7.2025
Dalam Pelaksanaan Jadual: 63.5%
Sebenar: 43.4%
(sehingga
31 Januari 2025)
Kelewatan projek adalah disebabkan oleh isu pengalihan utiliti.
2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir di Kampung Perepat, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat. (Melibatkan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang)
a) Menaiktaraf sistem saliran di jalan Perupok sejauh 0.75km b) Menaiktaraf sistem saliran di Jalan Perepat sejauh 1.3km
c) Menaiktaraf sistem saliran di Jalan Teluk Mengkuang sejauh 0.35km
d) Menaiktaraf lintasan sedia ada
5,507,124.00 13.9.2024 –
10.9.2025
Dalam Pelaksanaan Jadual: 69%
Sebenar: 66%
(sehingga
31 Januari 2025)
Kelewatan projek adalah disebabkan oleh isu pengalihan utiliti dan pengambilan tanah.
Dalam tindakan penyelesaian oleh pihak JPS bersama agensi utiliti yang terlibat.
Jumlah
16,970,394.00
Sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengatasi isu banjir di Taman Perumahan Jaromas, JPS telah menaiktaraf perangkap sampah sedia ada kepada perangkap sampah jenis Smart Trash Screen yang mana ia dapat mengurangkan halangan terhadap aliran air semasa hujan lebat. Selain itu, JPS juga telah menyediakan pam bergerak untuk mengeluarkan air sekiranya berlaku limpahan air semasa hujan lebat.