Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
165) MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAN UTILITI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur dan utiliti di kawasan perindustrian seperti jalan, perparitan, bekalan elektrik, air dan jaringan internet?
Antara perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur dan utiliti di kawasan perindustrian seperti jalan perparitan, bekalan elektrik, air dan jaringan internet pada tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan berjumlah RM13 juta daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi projek menaik taraf infrastruktur asas di kawasan Perindustrian sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi tahun 2025. Cadangan projek tersebut adalah merangkumi menaik taraf jalan dan perparitan di kawasan perindustrian.
- Kerajaan Negeri juga melalui Smartsel Sdn Bhd (SMARTSEL), sedang melaksanakan pelan Insiatif oT Enabled Industrial Park (“IEIP”). Objektif IEIP ialah bagi nemastikan pembangunan di kawasan-kawasan perindustrian di Selangor dilengkapi dengan infrastruktur telekomunikasi dan kemudahan internet, selari dengan pewartaan kemudahan internet sebagai utiliti ketiga di Malaysia. lanya amat penting bagi memudahkan aplikasi teknologi IR 4.0 dan 5G digunapakai dengan ketersediaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan perindustrian. Justeru itu, ia bakal menarik pelaburan dari sektor perkilangan berteknologi tinggi di Negeri Selangor.
- Kerajaan Negeri melalui Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan infrastruktur utiliti di Negeri Selangor. KUSEL terlibat di dalam projek pengalihan dan pemasangan utiliti E merangkumi menaik taraf kemudahan bekalan elektrik dan air termasuk di kawasan perindustrian
Keseluruhannya, Kerajaan Negeri sentiasa peka dalam memastikan kualiti infrastruktur di kawasan perindustrian berad di tahap yang baik. Untuk itu, perancangan dan pemantuan kualiti kemudahan infrastruktur secara berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pengguna di kawasan perindustrian menikmati kemudahan yang terbaik di Negeri Selangor.