Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
162) PEMBANGUNAN GUDANG MAKANAN SELANGOR DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan gudang makanan Selangor?
Status terkini Pembangunan Gudang Makanan Selangor (GMS) adalah pada tahun 2024, PKPS telah memulakan stok penyimpanan Beras Putih Ehsan 5 kilogram sebanyak 4,960 tan metrik (992,000 bag).
Pada tahun ini, tiga lagi produk tambahan iaitu ayam, ikan dan daging kini turut akan dimasukkan ke dalam senarai simpanan GMS dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 11 juta.
Pada November 2024 lalu juga, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menjalin kerjasama dengan Allanasons Private Limited (India) untuk membekalkan 1 Juta kilo daging ke kemudahan penyimpanan sementara GMS di Pelabuhan Klang dan Shah Alam.
Inisiatif terbaru oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor mewujudkan Jelapang Padi Ehsan yang dikawalselia sepenuhnya oleh PKPS di Sekinchan. Tindakan ini akan dapat menjamin bekalan beras tempatan di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Selangor dengan harga yang berpatutan.
PKPS juga disarankan agar meneruskan usaha yang terbaik bagi menghasilkan kepelbagaian penghasilan hasil pertanian dan menerajui teknologi baru serta mewujudkan rangkaian jualan produk Ehsan di seluruh Negeri Selangor.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan keterjaminan makanan sentiasa mencukupi?