Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
155) LAMPU JALAN KAMPUNG ( SOLAR )
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lampu di jalan kampung memandangkan terdapat banyak lagi kawasan yang gelap memerlukan pencahayaan untuk keselamatan pengguna jalan raya?
Pihak kerajaan negeri melalui JKR Selangor komited untuk melaksanakan pemasangan lampu solar melalui Program Selangor Bercahaya Negeri Selangor. Pada tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Selangor telah memohon sebanyak RM 2 juta di bawah peruntukan Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik bagi meneruskan Inisiatif Program Selangor Bercahaya ini, dan kerja-kerja pemasangan lampu solar dijangka akan dilaksanakan setelah peruntukan tersebut diluluskan.