Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
154) ISU PERSEMPADANAN KAWASAN PENYELENGARAAN JALAN, LONGKANG DAN POKOK ANTARA GRAND SAGA, MPKJ, DAN MRT CORP
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status sempadan kawasan persempadanan penyelengaraan pemilik tersebut terutama di kawasan Kg Sg Raya, Kg Batu 10 dan Pekan Suntex?
Setiap agensi telah memasang pagar/papan tanda had penyelenggaraan bagi menunjukkan sempadan penyelenggaraan mengikut kawasan penyelengaraan masing-masing.
-
Isu di SRA Kg Sg Raya di mana pihak tersebut tidak mahu untuk memangkas/ menebang pokok yang membahayakan murid sekolah. Apakah kaedah penyelesaian isu persempadanan ini?
Lawatan tapak bersama MPKj, MRT Corp dan Grand Saga telah dibuat pada 2 Oktober, 2024 yang lalu di SRA Kg Sg Raya. Untuk makluman, hasil dari perbincangan bersama kerja-kerja pemotongan dan pemangkasan pokok yang berbahaya akan dilaksanakan oleh pihak Grand Saga kerana pokok berada di dalam rizab LLM/ Grand Saga. Ianya di luar bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).