Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
153) SKIM MESRA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah ahli Skim Mesra yang terkini
Jumlah Ahli Skim Mesra sehingga 31 Januari 2025 adalah seperti berikut :-
Bil. Kategori Skim Mesra Status Jumlah (Orang) Masih Hidup Meninggal Dunia 1. Insan Istimewa (OKU) 33,085 5,652 38,737 2. Usia Emas (Warga Emas) 404,167 159,419 563,586 Jumlah Keseluruhan (Orang) 437,252 165,071 602,323 -
Bagaimanakah rancangan pelaksanaan Skim Mesra bagi tahun 2025 untuk mengelakkan ketidakcukupan baucar pada penghujung tahun?
Bermula tahun 2025, pemberian baucar dibuat secara berfasa di mana ahli yang layak boleh menuntut baucar di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN berdasarkan bulan kelahiran bagi memastikan pengagihan bantuan yang lebih teratur dan sistematik serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan pengagihan baucar seperti berikut:
BIL. FASA TEMPOH TUNTUTAN 1. Fasa 1: Ahli yang lahir pada bulan Januari hingga Mac Februari hingga Mac 2. Fasa 2: Ahli yang lahir pada bulan April hingga Jun April hingga Jun 3. Fasa 3: Ahli yang lahir pada bulan Julai hingga September Julai hingga September 4. Fasa 4: Ahli yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember Oktober hingga Disember -
Nyatakan dengan terperinci bagaimana peruntukan pengurusan program Skim Mesra dibelanjakan?
Jumlah keseluruhan geran Program Skim Mesra tahun 2024 termasuk baki geran tahun 2023 adalah sebanyak RM53,984,126.24 dan telah dibelanjakan bagi tujuan berikut:
- Baucar Jom Shopping Skim Mesra : RM49,912,200.00 (92.46% daripada jumlah geran)
- Tuntutan Khairat Kematian : RM3,853,300.00 (7.14% daripada jumlah geran)
- Bayaran Kos Promosi : RM135,841.19 (0.25% daripada jumlah geran)
Maklumat berdasarkan Laporan Kedudukan Kewangan YAWAS bagi Program Skim Mesra
PERKARA JUMLAH (RM) JUMLAH (RM) Baki Geran 2023 (+) Penyaluran Geran 2024
4,466,168.24 49,517,958.00
53,984,126.24
(-) Kehadiran Jom Shopping 2024
(-) Tuntutan Khairat Kematian 2024
(-) Bayaran Kos Promosi 2024
(49,912,200.00)
(3,853,300.00)
(135,841.19)
(53,901,341.19)
Jumlah Baki Geran 31 Disember 2024 82,785.05