Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
150) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan segera yang diambil untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram di kawasan DUN Meru?
Majlis Bandaraya Diraja Klang memandang serius isu pembuangan sampah haram di Daerah Klang terutamanya di DUN Meru. Beberapa tindakan proaktif telah dilaksanakan diperingkat Majlis antaranya :
- Pemantauan harian, penguatkuasaan yang tegas kepada aktiviti pembuangan sampah haram seperti sitaan kenderaan dan kompaun. Lori yang terbabit akan ditahan dalam tempoh 2 minggu ke sebulan bagi memberi pengajaran kepada pesalah;
- Operasi pembersihan sampah haram setiap seminggu sekali pada hari Rabu
- Pemasangan hazard tape / peletakan banner / korekan parit akan dibuat di tapak yangg berpotensi menjadi tapak pembuangan sampah Haram.
-
Bagaimana kerajaan negeri memastikan kilang-kilang di DUN Meru mematuhi peraturan alam sekitar, termasuk pengurusan sisa dan pelepasan asap?
Majlis telah melaksanakan beberapa perkara antaranya :
- Melaksanakan dasar untuk semua premis industri untuk melantik kontraktor sisa Industri bagi menguruskan sisa sampah industri mereka.
- Menetapkan syarat asas dalam permohonan lesen untuk melantik kontraktor sisa Industri.
- Menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu antara jabatan teknikal dalaman berkenaan syarat pelesenan, kebersihan dan pengurusan sisa pepejal.