Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

147) MEKANISME PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BERSKALA BESAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme pemantauan oleh PBT/MBDK terhadap Projek-projek pembangunan yang berskala besar di Meru misalnya Sime Darby dan ECRL?

    Mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang adalah, semua pemajuan yang ingin dijalankan perlulah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang selaras Seksyen 19, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Semua syarat-syarat Kebenaran Merancang yang dinyatakan di dalam Borang C1 (Kaedah 9(1) Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM Selangor 2001) perlu dipatuhi dan mengikut pelan susunatur Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh pihak Majlis. Setiap pembangunan yang diluluskan oleh pihak Majlis adalah selaras dengan Rancangan Tempatan Bandaraya Diraja Klang 2035 (Pengubahan 1), Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Keempat dan polisi-polisi serta dasar yang berkuatkuasa yang diluluskan Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, pemantauan melalui pelan bangunan dan pelan kejuruteraan yang diluluskan oleh pihak Majlis.

  2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang akan diambil sekiranya pemaju telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT?

    Tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah peruntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-Undang Kecil Bangunan (UUK) yang berkuatkuasa sekiranya pemaju melanggar peraturan.

Lampiran

Tiada Lampiran.