Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
143) PEMULIHARAAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan pemuliharaan hutan simpan di Selangor, dan bagaimana tindakan tegas diambil terhadap aktiviti pembalakan haram?
Usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pemuliharaan hutan simpan di Selangor adalah seperti berikut :
- Program penanaman 100 Juta pokok di Negeri Selangor;
- Projek Central Forest Spine (CFS) di Negeri Selangor;
- Program penanaman bakau di negeri Selangor;
- Meningkatkan program Kesedaran (CEPA);
- Aktiviti penguatkuasaan hutan secara bersepadu bagi mengatasi aktiviti pembalakan haram dan penerokaan hutan simpanan kekal;dan
- Meningkatkan pengurusan Hutan Paya Gambut negeri Selangor.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa menjalankan aktiviti rondaan dan pemantauan melalui udara, darat dan air di Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor serta mengambil tindakan selaras dengan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Pihak JPNS turut menggunakan sistem Forest Monitoring Remote Sensing bagi mengesan sebarang pencerobohan hutan daripada berlaku.