Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
132) PERIKANAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah terkini Kerajaan bagi menangani kejatuhan tangkapan ikan di Sungai Besar yang menimbulkan masalah bagi industri?
Data Pendaratan ikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia tidak diambil secara khusus di setiap pangkalan (contoh: Pangkalan Sungai Besar), hal ini demikian, tidak semua vesel yang menjalankan aktiviti menangkap ikan akan mendaratkan hasil di pangkalan yang asal. Rekod pendaratan diambil merangkumi seluruh daerah Sabak Bernam. Mengikut data jabatan, Daerah Sabak Bernam merekodkan jumlah pendaratan antara tertinggi bagi negeri Selangor. Pada tahun 2024, sebanyak 1,008 vesel telah dilesen di Daerah Sabak Bernam dengan pendaratan sebanyak 61,824.82 tan metrik. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding pendaratan yang dicatatkan pada tahun 2023 iaitu hanya sebanyak 43,360.40 tan metrik. Walaubagaimanapun, Daerah Sabak Bernam pernah mencatat pendaratan yang melebihi 80,000 tan metrik pada tahun 2017 hingga 2022, namun menurun pada tahun 2023. Berikut adalah beberapa faktor telah dikenalpasti menjadi punca kepada penurunan pendaratan ikan:
- Penurunan bilangan kru asing yang berkerja di atas vesel
- Perubahan bilangan vesel,
- Perubahan cuaca tahunan
- Kualiti air
- Permintaan dan harga jualan
Oleh yang demikian, penurunan pendaratan bukanlah bersifat konsisten atau berterusan yang mana ia akan berubah-ubah berdasarkan pelbagai faktor sebagaimana yang dinyatakan di atas.
-
Apakah amalan mampan yang dikuatkuasakan pada tahun 2024, dan sila beri statistik penguatkuasaan?
Penguatkuasaan Perikanan dikuatkuasakan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah Akta Perikanan 1985 yang terdiri daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM). Rondaan dan operasi adalah dilaksanakan dari semasa ke semasa terutama di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.
Disamping memastikan pelesenan vesel dan peralatan menangkap ikan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, Jabatan turut memantau penggunaan peralatan menangkap ikan dalam kalangan nelayan. Jabatan Perikanan telah mewartakan bubu naga iaitu bubu melebihi dua injap samada berangkai atau tidak berangkai yang digunakan di dalam perairan perikanan Malaysia sebagai peralatan yang dilarang mulai tarikh kuatkuasa 01 Mei 2024. Berikut adalah statistik kes tangkapan dibawah Jabatan Perikanan Negeri Selangor;
-
Sila beri statistik hasil penangkapan ikat di perairan Sungai Besar untuk 10 tahun yang lepas.
Berikut adalah data pendaratan ikan bagi Daerah Sabak Bernam dari Tahun 2014 sehingga 2024
Tahun
2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024 Pendaratan (MT) 48,541.49 39,717.45 42,077.90 72,605.33 82,618.50 82,604.45 82,635.87 80,419.53 87,736.73 43,360.40 61,824.82