Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
128) STATUS PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik penyelesaian kilang haram di setiap daerah?
Lanjutan keputusan Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 24/2024 bertarikh 28 Ogos 2024 untuk bersetuju menimbang dan meluluskan Pelanjutan Tempoh Program Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) berkuatkuasa mulai 01 September 2024 hingga 31 Disember 2027, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) melalui kerjasama dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima dan menyelaras data KTK yang masih beroperasi. Hasil daripada pemurnian data yang diterima sehingga Oktober 2024, jumlah KTK adalah sebanyak 5,352 hak milik/Tanah Kerajaan yang melibatkan 6,690 buah kilang. Pecahannya mengikut daerah seperti dalam jadual berikut:
BIL. DAERAH PBT JUMLAH LOT/ TANAH KERAJAAN JUMLAH KILANG 1. PETALING MBSA 1323
2503
MBPJ 49
49
MBSJ 41
36
2. KLANG MBSA 313
592
MBDK 614
614
3. GOMBAK MPAJ
0 0
MPS 1088
1018
4. HULU LANGAT MPKJ 544
543
MPAJ 538
535
5. SEPANG MPSP 143
130
6. KUALA LANGAT MPKL 307
297
7. KUALA SELANGOR MPKS 266
262
8. HULU SELANGOR MPHS 100
86
9. SABAK BERNAM MDSB 26
25
JUMLAH KESELURUHAN 5352
6690